Tuesday, February 22, 2011

MENJAWAB KHALIL GIBRAN





Hei kekasihku,

Kelmarin aku adalah satu-satunya orang yang ada di alam ini.
kesendirian itu kejam seperti maut.
Aku sendiri seperti bunga mawar yang tumbuh dalam bayang-bayang batu karang yang tinggi,
kerana itu kehidupan tak merasai keberadaanku,
dan aku tak merasakan adanya kehidupan.
KHALIL GIBRAN




 


hei kekasihku,
  jika punya kesedaran bertuhan,
tak akan ada kesendirian mendura,
  sejauh mana merandai kehidupan
pasti sentiasa rasa bernyawa.


maut itu tidak akan menjadi kejam
tetapi sakti pelepas rindu,
pada hati sarat segala cinta
persembahan temu janji pada-Nya
di sana.


kau jua tetap terasa hidup
walau tiada tahu nafasmu di mana.
Hidup jua rasai hadirmu
walau entah di mana nyawamu berada.





< Sayidah Mu'izzah >

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    puisi2 dlm blog Karya Atma ini sungguh indah. Syabas, teruskan berkarya..

    ReplyDelete
  2. Kak Nita;

    Waalaikumussalam...
    Terima kasih Kak Nita. Saya hanyalah penulis kerdil. Terima kasih kerana sudi melawat Karya Atma. =)

    ReplyDelete