Friday, February 11, 2011

PULANGLAH KE KAMAR RINDU



kredit kepada Google



Engkau pulanglah, kanda
ke teratak kasih ayah bonda
ketuklah kamar rindu yang berselerakan
atur dan susun kembali
setiap penjuru hati yang berkerau
juga hiaskan dengan rasa hirau

Sebelum engkau pergi lagi, kanda
usaplah kalbu kasih mereka
dengan lembut janji yang pasti
bahawa engkau bakal pulang
mencicip hidangan restu
seusai berbual di kamar rindu



*Terbit di Utusan Mingguan Melayu, 16 Februari 2009

No comments:

Post a Comment